Program Ekspedisi Mihrab To Mihrab (M2M) 2026 Berjaya Mencapai Objektif Pemantapan Tadbir Urus & Dakwah Pelancongan Masjid

Program Ekspedisi Mihrab To Mihrab (M2M) 2026 Berjaya Mencapai Objektif Pemantapan Tadbir Urus & Dakwah Pelancongan Masjid

KUALA TERENGGANU – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya telah berjaya menganjurkan Program Ekspedisi Mihrab to Mihrab (M2M) 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2026 (Selasa hingga Khamis).

Program berkonsepkan lawatan penanda aras masjid ke masjid ini telah dijalankan di sekitar Kuala Terengganu dan Marang, Terengganu. Sepanjang tiga hari ekspedisi, para peserta telah mengadakan sesi ramah mesra serta lawatan penanda aras ke beberapa lokasi dan masjid contoh, termasuk Masjid Sultan Ismail (MSI) Chendering, Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung) Kuala Ibai, Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang), serta Masjid Abidin (Masjid Negeri).

Selain itu, delegasi ekspedisi turut mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Bahagian Pengurusan Masjid, di mana ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Timbalan Pesuruhjaya (Operasi). Penganjuran ekspedisi ini melibatkan penyertaan daripada pegawai dan kakitangan MTMZA serta Sekretariat Daie Pelancongan Masjid (Masjid Tour Guide).

Menerusi penganjuran ini, MTMZA berjaya memperkenalkan peranannya sebagai model masjid antarabangsa di peringkat domestik, di samping berkongsi pandangan dan pengalaman pengurusan aktiviti masjid. Ekspedisi ini turut memantapkan pengurusan masjid, mengembangkan peranan Daie Pelancongan Masjid dalam menyampaikan dakwah secara tidak langsung, serta mewujudkan jalinan kerjasama pintar dan mengeratkan ukhuwwah bersama kepimpinan institusi agama dan masjid-masjid contoh yang dilawati

Leave a Reply

Close Menu