Program Kasih Insan Istimewa 2026@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Program Kasih Insan Istimewa 2026@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

PUTRAJAYA, 1 September 2026 (Selasa): Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah berjaya menyantuni seramai 75 orang insan istimewa menerusi penganjuran Program Kasih Insan Istimewa 2026. Program kebajikan ini telah dijayakan sepenuhnya oleh Unit Sosial MTMZA di bawah pimpinan Ketua Unit, YBrs Ustaz Muhamad Farid bin Mohd Ariff Panir Selvam.

Bagi memastikan santunan yang lebih mesra dan tersusun, program ini telah dilaksanakan secara dwi-sesi mengikut kategori keperluan para peserta.

Perincian Sesi Santunan:

Hari Sabtu(15 Ogos 2026): Sesi pertama meraikan seramai 8 orang kurang upaya penglihatan.

Hari Khamis(20 Ogos 2026): Sesi kedua menyantuni seramai 67 orang kelainan upaya daripada pelbagai kategori lain.

Setiap peserta menerima sumbangan khas bagi meringankan bebanan hidup: Wang tunai untuk kegunaan perbelanjaan harian. Kotak barang dapur (Musahamah) yang mengandungi bekalan makanan dan keperluan asas.

Menurut YBrs. Ustaz Muhamad Farid, Unit Sosial MTMZA komited memastikan bantuan Musahamah dan kewangan ini sampai terus kepada golongan sasar. Pendekatan dwi-sesi ini memberi ruang kepada pihak masjid untuk beramah mesra secara lebih dekat serta mendengar luahan hati para waris dan penjaga anak-anak istimewa tersebut, sekali gus memperkukuh peranan masjid sebagai institusi yang inklusif dan penyayang

Leave a Reply

Close Menu