Haflah Al-Quran@MTMZA Semarak Sambutan Maulidur Rasul 1448h & Hari Malaysia

Haflah Al-Quran@MTMZA Semarak Sambutan Maulidur Rasul 1448h & Hari Malaysia

PUTRAJAYA, KHAMIS | 17 SEPTEMBER 2026: Julung kalinya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah menganjurkan Program Haflah al-Quran@MTMZA bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul SAW 1448H Dan Hari Malaysia sebagai wadah untuk menyemarakkan kecintaan terhadap al-Quran serta menzahirkan penghayatan terhadap sirah dan akhlak Rasulullah SAW.

 

Haflah al-Quran@MTMZA turut menampilkan pengisian berkaitan al-Quran seperti bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan penghayatan al-Quran, di samping pengisian kerohanian yang mengajak para peserta mencontohi keperibadian mulia Rasulullah SAW.

 

Selain itu, program ini juga menampilkan Qari hebat dan berpengalaman iaitu Ustaz Amirahman bin Abas Johan Qari Antarabangsa, Ustaz Husaini bin Mahmor Johan Qari Antarabangsa Dan Ustaz Muhammad ‘Ammar Mukhlis bin Abdul Mohsin Johan Qari Negeri mangalunkan Bacaan al Quran bertarannum.

 

Melalui program seperti ini, MTMZA terus berperanan sebagai pusat pengimarahan yang menyuburkan budaya ilmu, al-Quran dan pembentukan generasi yang dekat dengan masjid serta mempunyai kecintaan yang tinggi terhadap ajaran Islam.

Semoga Haflah al-Quran@MTMZA dapat memberikan manfaat kepada seluruh peserta dan jemaah, seterusnya menyemarakkan lagi usaha membudayakan al-Quran dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply

Close Menu