Perutusan Imam Besar

Assalammualaikum

Setinggi – tinggi kesyukuran saya panjatkan di atas keizinan-Nya yang akhirnya laman web Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berjaya dizahirkan sebagai wadah interaktif dalam menuju era globalisasi.

Laman web rasmi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin merupakan transformasi maklumat yang berkaitan dengan sejarah penubuhan  yang berpaksikan visi dan misi yang menjadi tunjang belakang masjid. Pembangunan laman web ini juga adalah dapat menyebarkan maklumat mengenai aktiviti – aktiviti masjid dan peristiwa semasa di masjid serta soal jawab agama kepada masyarakat. Penghasilan laman web ini diharapkan dapat menyalurkan  maklumat terkini, cepat dan tepat mengenai Masjid Tuanku MizanZainal Abidin kepada masyarakat.

Akhir kata, saya mengharapkan agar masyarakat dapat makluman terkini mengenai kegiatan masjid ini,agar mereka dapat terlibat dengan program di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin secara aktif dan konsisten.

USTAZ NOR AZAMIR BIN HJ ALIAS
IMAM BESAR
MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN

Close Menu