Dewan Serbaguna

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dilengkapi dengan Dewan Serbaguna yang boleh memuatkan sehingga 300 orang dalam satu – satu masa. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran masjid atau agensi luar. Dalam dewan ini dilengkapi dengan kemudahan kerusi, meja, penghawa dingin dan PA system. Selain dikenali dengan nama Dewan Serbaguna ia juga dikenali sebagai Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni. Sewaan dewan yang dikenakan sebanyak RM 1020.00 sehari.

Untuk tempahan dewan, boleh muat turun borang tempahan dan hantar kepada Pejabat Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan boleh hubungi Ustaz Muhd Redza Bin Ahmad di talian 03-88804300/4303.

Close Menu