Seminar Tulisan Jawi & Seni Khat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Seminar Tulisan Jawi & Seni Khat Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

2 Februari 2020 (Ahad) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,Putrajaya dengan kerjasama Telaga Biru Sdn Bhd Dan Studio Ilmu telah menganjurkan Seminar Tulisan Jawi Dan Tulisan Khat bertempat di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni , Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seminar yang bertemakan Bersama Menghidupkan Warisan Negara telah dirasmikan oleh Tuan Hj Hamdan Bin Muhamad , Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seramai 120 orang peserta telah menyertai seminar ini. Menariknya , terdapat peserta berbangsa Tionghua turut bersama menyertai seminar ini disamping melibatkan diri secara aktif dalam setiap slot.

Para peserta didedahkan dengan teknik mambaca Jawi menggunakan pendekatan Kaedah Baca Dengan Nombor (BDN ) yang telah disampaikan oleh Ustaz Wan Azhar. Slot Tulisan Khat pula disampaikan oleh Us Afifi.

Seminar Tulisan Jawi Dan Seni Khat ini telah berakhir pada jam 4 petang. Semoga program ini menjadi perintis bagi menyemai semangat mencintai Warisan Negara khususnya Tulisan Jawi dan Seni Khat.

Β 

Leave a Reply

Close Menu