Putrajaya, 9 Jun 2025 (Isnin) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah berjaya melaksanakan Program Ibadah Korban 1446H/2025M dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) juga Perbadanan Putrajaya (PPj), melibatkan penyembelihan sebanyak 10 ekor lembu. Program yang berlangsung seawal 7 pagi ini disertai oleh para urus setia, sukarelawan, dan komuniti setempat dalam suasana penuh meriah secara gotong-royong dan semangat ukhuwah. Proses penyembelihan, melapah dan agihan daging korban dijalankan secara teratur dan mengikut syariat.
Β
Majlis Simbolik Penyerahan Daging Korban telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timb. Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air bersama-sama YBrs. Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengarah Kanan Bhgn. Dakwah mewakili Ketua Pengarah JAKIM dan YBhg. Datin Insyirah Irwati binti Jailani, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil JAKIM. Majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datoβ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dan YBrs. Dr. Amru Alhaz bin Adnan, Imam Besar MTMZA.
Sebanyak 2 ekor lembu telah ditumbangkan khusus untuk jamuan kepada para hadirin dan hadirat yang hadir. Selain itu, ratusan bungkusan daging korban telah diagihkan kepada golongan asnaf, serta masyarakat sekitar Putrajaya sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan sempena Hari Raya Aidiladha.
MTMZA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRA dan PPj atas kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan ibadah tahunan ini. Program ini bukan sahaja mengangkat syiar Islam, tetapi turut memperkukuh hubungan antara masjid, agensi kerajaan dan masyarakat.
Β
Β
Β
Β
Β
Β
Β
Β