Rabitah Surau-Surau Putrajaya@MTMZA Siri 3/2025 |  Surau Wizaratun Naqli, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Rabitah Surau-Surau Putrajaya@MTMZA Siri 3/2025 | Surau Wizaratun Naqli, Kementerian Pengangkutan Malaysia

Putrajaya, 26 Jun 2025 (Khamis) : Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas keizinan-Nya, pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) dengan kerjasama pintar yang jitu bersama Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Malaysia telah berjaya menganjurkan Program Rabitah Surau-Surau Putrajaya siri yang ketiga tahun ini.

Sambutan yang diterima amatlah baik dengan kehadiran para jemaah seramai hampir 100 orang yang memenuhi surau. Program ini telah diisi dengan ceramah dari undangan khas iaitu SS Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timb. Mufti Wilayah Persekutuan. Ceramah yang telah disampaikan berkisar tentang peri pentingnya ilmu supaya tidak mudah terjerumus kepada kesesatan. Moga-moga mutiara ilmu yang disampaikan menjadi suntikan kepada para jemaah agar lebih bersemangat dalam memperbaiki diri menjadi lebih baik seiring dengan masuknya tahun baharu Islam 1447H.

Pihak MTMZA juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan dan Pengurusan Surau Wizaratun Naqli dalam melaksanakan program ini dengan baik.

Semoga program seperti ini bermanfaat dan dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.

   

Leave a Reply

Close Menu
nasa4d https://askdirtyjobs.com https://c-paths.com https://nepbpc.com