Program Rahmah : Program CSR Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Dalam Mengagihkan Bubur A’syura

Program Rahmah : Program CSR Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Dalam Mengagihkan Bubur A’syura

10 September 2019 (Selasa) – Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Tuan Haji Nor Azamir Bin Haji Alias sempat meluangkan masa selama 30 minit kira-kira jam 1215 tengahari untuk ” Turun Padang ” bagi bersama-sama mengagihkan Bubur A’syura kepada pegawai-pegawai di JAKIM.

Program CSR ini turut menjadikan pengagihan Bubur A’syura sebagai suatu medium ukhuwwah bagi merapatkan hubungan silaturahim diantara pihak masjid dan staf-staf yang berada di JAKIM.

Turut bersama menyertai Program CSR Pengagihan Bubur A’syura ini ialah pegawai dari Unit Komunikasi Korporat dan Kesetiausahaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin , Putrajaya

Leave a Reply

Close Menu