Lawatan Kerja Imam-Imam Mukim Jajahan Bachok, Kelantan

Lawatan Kerja Imam-Imam Mukim Jajahan Bachok, Kelantan

Seramai 40 orang imam daripada Mukim Jajahan Bachok, Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Februari 2018(Isnin) jam 11.00 pagi. Lawatan diketuai oleh Haji Baharin bin Yusoff Imam Tua, Masjid Mahmoodi, Bandar Bachok.

Lawatan ini diadakan bertujuan mengambil pengalaman dan perkongsian perlaksanaan program dan aktiviti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Antara lain para imam daripada Mukim Jajahan Bachok, Kelantan ini juga ingin mengenal dengan lebih lanjut pembinaan dan kemudahan yang terdapat di Masjid ini.

Lawatan ini dimulakan dengan tayangan video korporat MTMZA kemudian disusuli taklimat dan sesi ramah mesra ang disampaikan oleh YBrs Haji Jamali bin Mohd Adnan, Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Lawatan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati diantara pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan pihak Imam mukim jajahan Bachok, Kelantan.Semoga lawatan memberi manfaat kepada kedua belah pihak.

 

Leave a Reply

Close Menu