Pertandingan Ping Pong Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Pertandingan Ping Pong Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dalam kemeriahan Sukan SEA 2017, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) turut tidak ketinggalan dalam penganjuran Pertandingan Ping Pong Berpasukan Tertutup (Surau-surau Putrajaya) pada 20 Ogos 2017 yang telah disertai oleh 128 orang peserta. Matlamat dan objektif adalah untuk menarik minat masyarakat datang ke masjid khususnya golongan muda, seterusnya menjalin silaturrahim antara masyarakat dan warga kerja Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Secara tidak langsung telah  merealisasikan idea masjid sebagai tempat masyarakat berkumpul bukan sahaja sebagai tempat ibadat, malah sebagai tempat rekreasi dan riadah. Dalam pertandingan berkenaan sebanyak 16 pasukan (surau) telah menyertai pertandingan tersebut. Berikut senarai pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut:-

Johan: Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Naib Johan: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Ketiga Bersama: Surau Abd Rahman Auf, Presint 11

Surau As-Syakirin, Presint 14

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi pertandingan tersebut, bagi yang tidak berjaya insyaallah cuba lagi pada masa-masa akan datang. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut. 

Leave a Reply

Close Menu