Aqiqah, Tahnik Dan Marhaban(Atm) Siri I/2018

Aqiqah, Tahnik Dan Marhaban(Atm) Siri I/2018

29 MAC 2018 Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan Program Aqiqah, Tahnik dan Marhaban(ATM) Siri 1/2018 bagi memberi kemudahan kepada masyarakat untuk mengadakan kenduri aqiqah dan penyembelihan aqiqah secara berjemaah.

Pihak MTMZA telah menguruskan 9 peserta yang melibatkan 5 bahagian iaitu 1 ekor lembu dan 5 ekor kambing yang disembelih pada waktu pagi sebelum acara kemuncak di sebelah malam. Acara dimulakan selepas solat maghrib diringi dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh YBrs. Imam Besar MTMZA dan bacaan tahlil ringkas.

Keistimewaan yang dibawa oleh MTMZA adalah sesi tahnik iaitu menyuapkan manisan seperti madu dan isi kurma ke lelangit bayi peserta yang disempurnakan oleh Imam dan Bilal MTMZA.Β  Seterusnya majlis ini diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban β€œShoutul Mizan”. Program yang dihadiri oleh kira-kira 500 orang ini terdiri daripada peserta-peserta akikah, keluarga serta penduduk sekitar Putrajaya ini mendapat sambutan yang meriah dan menggalakkan.

Kemuncak program ini adalah jamuan makan malam bersama semua peserta dan jemaah di SAHN A. Antara objektif program ini dijalankan ialah mengeratkan ukhuwah dan memberi kemudahan kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah aqiqah. Semoga anak-anak yang ditahnikkan juga akan mendapat keberkatan dan menjadi seorang insan yang mulia dan generasi yang berguna di masa hadapan kelak.

Leave a Reply

Close Menu