Ziarah Mahabbah Menyampaikan Sumbangan Kepada Warga Rohingya Dan Pembukaan Kelas Pengajian Al-Quran Dan Tahfiz Nurul Annuar

Ziarah Mahabbah Menyampaikan Sumbangan Kepada Warga Rohingya Dan Pembukaan Kelas Pengajian Al-Quran Dan Tahfiz Nurul Annuar

PADA 22 JANUARI 2018(ISNIN) bertempat di Kampung Baru MPK, Permatang Badak, Kuantan, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengadakan Ziarah Mahabbah menyampaikan sumbangan kepada warga Rohingya dalam usaha membuka Kelas Pengajian al-Quran dan Tahfiz Nurul Annur.

Ziarah Mahabbah yang diketuai Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan disambut baik oleh Us. Abd Bashir daripada Haluan Negeri Pahang dan Us. Mohamad Jabir, Pengurus Kelas Pengajian al-Quran dan Tahfiz Nurul Annuar serta warga Rohingya yang hadir.

Imam Besar, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam ucapannya menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab dan amanah untuk membantu sahabat-sahabat seislam yang mengalami kesusahan serta membantu memberikan pendidikan agama islam yang sempurna walaupun berlainan kaum dan bangsa.

Imam Besar juga turut berterima kasih kepada pewakaf tanah iaitu Encik Zainuddin bin Mohd Zawawi diatas sumbangan tanah untuk pembinaan Kelas Pengajian al-Quran Tahfiz Nurul Annuar.

Ziarah Mahabbah ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan daripada Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdidin kepada warga Rohingya untuk Kelas Pengajian al-Quran Nurul Annuar tersebut.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Pengerusi  Haluan Negeri Pahang, Haji Mohd Ghani bin Salleh, wakil MTMZA, wakil Media, Rohingya Community Charity Pahang, warga Rohingya dan penduduk sekitar diatas keperihatinan dan kerjasama yang diberikan untuk membina Pusat Pengajian al-Quran dan Tahfiz Nurul Annuar.

Leave a Reply

Close Menu