πππππππ πππππ ππππππππ πππππππ ππππππ πππ ππππππππ
Cyberjaya, 12 Jun 2025 (Khamis) : Program Ziarah Rakan Masjid Hospital (RAMAH) anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya dengan kerjasama Hospital Cyberjaya telah berlangsung dengan jayanya, sejajar dengan Aspirasi Malaysia Madani dalam memperkukuh jaringan kebajikan dan kemasyarakatan.
Program bermula seawal jam 8:20 pagi dan disusuli majlis rasmi pada jam 9:00 pagi. Ucapan aluan disampaikan oleh Timbalan Pengarah Perubatan, YBrs. Dr. Mardiah binti Masharuddin, diikuti oleh Imam Besar MTMZA merangkap ketua rombongan, YBrs. Dr. Amru Alhaz bin Adnan, serta taklimat lawatan oleh YBrs. Dr. Alia Zubaidah binti Bahtar, Ketua Jabatan Perubatan Am.
Β
Turut hadir, Us. Zulkeffly bin Adimun, Ketua Seksyen Pengurusan MTMZA dan Us. Muhammad Abdul Hadi bin Abd Razak, Ketua Unit Dakwah & Komunikasi MTMZA, bersama beberapa orang pegawai masjid. Majlis diteruskan dengan penyerahan cenderamata, jamuan sarapan serta sesi ziarah serta penyampaian sumbangan kepada pesakit dan waris di Wad 8A dan 8B.
Β
Program ini merupakan antara inisiatif yang mendukung gagasan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), βIslam Mekar di Bumi Malaysiaβ, yang menekankan peranan institusi masjid dalam merakyatkan nilai-nilai Islam melalui pendekatan kasih sayang, empati dan keterlibatan sosial.
Program diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan, sebagai simbolik kepada hubungan erat antara masjid dan komuniti hospital dalam usaha menyantuni masyarakat secara berterusan.



