Putrajaya, 26 Januari 2025 (Ahad) : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah berjaya menganjurkan Program Khatan Perdana 2025.
Menariknya, program kerjasama pada kali ini turut melibatkan Kelab Sunathon dari ‘University of Cyberjaya’ (UOC) sebagai rakan strategik bagi menjayakan program ini yang melibatkan 23 orang peserta telah mengambil bahagian.
Pendaftaran peserta adalah seawal jam 7:30 pagi, seterusnya majlis perasmian pada pukul 9:00 pagi bermula dengan ucapan aluan dan perasmian oleh YBrs. Us. Mohd Radhi bin Abdul Ghani, Ketua Seksyen Pengurusan MTMZA mewakili Imam Besar.
Seterusnya, taklimatย kesihatan serta prosedur khatan telah disampaikanย oleh pegawai perubatan jemputan, YBrs. Dr. Mohd Ezzatul Syafiq, Alumni UOC yang kini bertugas di Klinik Kesihatan Kempas, Johor Bahru, Johor.
Program Khatan Perdana ini yang berakhir jam 12.30 tengah hari telah menjadi ‘niche’ dalam kalangan masyarakatย khususnya dalam menjalankan tanggung jawab sosial kepada komuniti Muslim di Putrajaya.
Semoga kerjasama strategik ini dapat dieratkan lagi pada masa-masa akan datang khususnya dalam memperkasakan institusi MTMZA sebagai hub dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat Muslim setempat khususnya di Putrajaya.
ย
ย
ย
ย
ย
ย