Program Usrah Santai Bersepadu 2.0  Bertemakan “Syukur”
????????????????????????????????????

Program Usrah Santai Bersepadu 2.0 Bertemakan “Syukur”

SELEPAS SOLAT ISYA’ berjemaah pada 26 Januari 2018 bertempat di Putrajaya Foodtruck Hotspot, Presint 2, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mengadakan program santai bersama masyarakat, Usrah Santai bersepadu USB 2.0. Usrah santai ini menampilkan Us. Mohd Hariri bin Mohamad Daud Pegawai Jakim dan Kumpulan al-Farabi Band.

Program USB 2.0 ini dimulakan dengan persembahan daripada kumpulan al-Farabi Band kemudian hadirin disajikan dengan tazkirah santai oleh Us. Mohd Hariri bin Mohamad Daud. Ini merupakan program dakwah santai bersama masyarakat,  bertujuan memberi kefahaman  tentang keindahan agama islam yang berkonsepkan “Syukur”

Program ini diteruskan dengan persembahan kumpulan Al-Farabi Band sambil menikmati jamuan santai buah durian dan rambutan yang dihidangkan pada hadirin yang hadir.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada urusetia yang terlibat bertungkus-lumus memastikan program berjalan dengan lancar dan hadirin yang hadir menjayakan program USB 2.0 ini.

Leave a Reply

Close Menu