Majlis Pengisytiharaan Pengislaman Saudara Baru

Majlis Pengisytiharaan Pengislaman Saudara Baru

PADA 13 APRIL 2018(JUMAAT) bertempat di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diadakan Majlis pengisytiharan pengislaman saudara baru yang bernama Encik Subramanian a/l Krishnasamy@Muhammad Rafik Subramaniam bin Abdullah. Beliau merupakan pegawai PTD di Kementerian Pengajian Tinggi.

Pembacaan dua kalimah syahadah telah dipimpin oleh Haji Jamali bin Adnan Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan disaksikan oleh Imam, Bilal serta hampir 300 Jemaah solat Jumaat yang hadir pada majlis tersebut.

Program ini merupakan program kerjasama Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Islamic Outreach Abim Center.

Leave a Reply

Close Menu