Putrajaya, 25 September 2025 (Khamis) : Sekitar suasana Majlis Khatam Pengajian Daurah Hadis 40 Imam Al-Nawawi yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) serta pengijazahan sanad oleh Sahibul Fadilah Syeikh Ahmad Fuad bin Amran, Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan dan selaku pembimbing pengajian sepanjang daurah ini.
Majlis ini bukan hanya menandakan berakhirnya pengajian, tetapi juga mengukuhkan kefahaman masyarakat terhadap Hadith-hadith Rasulullah SAW. Semoga usaha ini menjadi asbab keberkatan dan manfaat yang berpanjangan. Aamiin.



