Program RAMAH Siri 4/2025

Program RAMAH Siri 4/2025

Kajang, 25 September 2025 (Khamis) : Program Rakan Masjid Hospital (RAMAH) MTMZA Siri 4/2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hospital Tengku Permaisuri Norashikin, Kajang, Selangor. Wad yang dikunjungi adalah wad kanak-kanak (8B) dan wanita (7A) dengan penerima seramai 70 orang telah disantuni. Pihak masjid telah menyumbang ‘set Toiletries’ manakala ‘Hygiene Kit’ daripada pihak MyFundAction kepada para pesakit dan waris.
Terdahulu, Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Mohd Najib bin Khamil, Timbalan Pengarah Perubatan 1, sebelum disusuli dengan ucapan balas daripada Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA). Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada MyFundAction MyFundAction, dengan penglibatan Dr. Atiqah Shazwani binti Ahad, Health Manager of MyHeart merangkap Corporate Health Manager MyFundAction.
Melalui penganjuran siri ke-4 tahun 2025 ini, RAMAH terus berperanan memperkukuh hubungan antara masjid, hospital, dan masyarakat, di samping membawa mesej kasih sayang serta keprihatinan terhadap golongan pesakit dan keluarga mereka.
 
     

Leave a Reply

Close Menu
nasa4d https://askdirtyjobs.com https://c-paths.com https://nepbpc.com