Marhaban Ya Ramadan 1447H

Marhaban Ya Ramadan 1447H

MARHABAN YA RAMADAN 1447H
—————————————————-
TAKWIM & PROGRAM RAMADAN MTMZA
Alhamdulillah, bulan Ramadan yang dinanti-nantikan bakal tiba! Bersempena dengan kedatangan bulan mulia ini, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah menyusun pelbagai pengisian rohani untuk mengimarahkan lagi masjid kita dengan tema tahun ini: “Ramadan Dihayati Membina Jiwa Madani 1447H” ✨
Program-Program Sepanjang Ramadan 1447/2026M di MTMZA:
🍽️ Majlis Berbuka Puasa: Sepanjang Bulan Ramadan
🕌 Solat Sunat Tarawih: Sepanjang Bulan Ramadan bersama barisan Imam Solat Sunat Tarawih jemputan khas dari dalam dan luar negara.
🌙 Qiamullail 10 Akhir Ramadan bersama sahur.
📖 Tadarus Al-Quran Dewasa & Remaja: Sepanjang Bulan Ramadan
📚 Ceramah Nuzul Quran: Cahaya Ilahi, Pedoman Insani – 7 Mac 2026 (Sabtu)
🎁 Majlis Khatam Jamaie: 13 Mac 2026 (Jumaat)
💰 Kaunter Zakat Fitrah: Sepanjang Bulan Ramadan
🤝 Iftar Ukhuwah Madani: 28 Februari 2026 (Sabtu)
📌 PENGISIAN ILMU HARIAN (TAKWIM RAMADAN):
Bagi mengisi waktu siang anda dengan ilmu, kami bawakan barisan asatizah, mufti, dan penceramah bebas tanah air untuk program berikut:
🌸 Fikrah Takwa (Tazkirah Zohor): Setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 12:45 tengah hari.
🌅 Bicara Fajar: Setiap Sabtu, bermula 6:30 pagi.
Ayuh jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna. Jangan lupa ‘Share’ dan ‘Tag’ ahli keluarga serta rakan-rakan anda untuk bersama-sama hadir ke MTMZA! 🚗💨
📱 Ikuti kami di platform rasmi (Facebook, X, TikTok, Instagram, YouTube) @masjidtuankumizanzainalabidin untuk perkembangan terkini.

Leave a Reply

Close Menu