Piagam Pelanggan

  • Kami berjanji akan menunaikan solat berjamaah 5 waktu dan solat jumaat serta solat hari raya tepat pada waktunya dan segala peralatan yang disediakan secara profesional.
  • Kami bersedia memberi layanan mesra kepada semua pelawat dalam dan luar negeri.
  • Kami akan mengimarahkan masjid dengan mengadakan program-program peningkatan ilmu di peringkat kanak – kanak, remaja, dewasa dan masyarakat antarabangsa.
  • Kami akan memastikan masjid sebagai tempat ibadah yang selesa dari segi kebersihan, keselamatan dan ketenangan jemaah.
  • Kami bersedia menjalankan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan masjid dan surau-surau yang berada di sekitar taman perumahan dan kompleks kerajaan Putrajaya.
  • Kami berusaha mengendalikan aktiviti rasmi keagamaan sempena hari kebesaran Islam serta menguruskan kematian warga taman perumahan.
  • Kami memberikan layanan saksama kepada semua permohonan untuk menggunakan kemudahan tempat dan peralatan yang ada di masjid mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Menyediakan kemudahan perpustakaan kanak-kanak kepada anak-anak para jemaah dan masyarakat umum.
  • Kami bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak jabatan kerajaan, swasta, masyarakat setempat dan NGO untuk melaksanakan program dan aktiviti berfaedah kepada masyarakat.