Pada 26 Feb 2015 bersamaan 7 Jamadilawwal 1436H, masjid ini telah mengadakan Program Aqiqah. Majlis dimulakan dengan acara tahnik kepada bayi-bayi dan

bacaan rawi oleh Kumpulan Marhaban Shoutul Mizan, Johan Peringkat Kebangsaan Tahun 2013. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan sebanyak 8 bahagian lembu dan kenduri aqiqah ini telah dihadiri oleh lebih 500 orang jemaah. Objektif program ini adalah bertujuan memberi peluang kepada jemaah untuk melaksanakan ibadah sunnah yang sangat tinggi ganjarannya di sisi Allah s.w.t dan pihak masjid komited dalam mengurus dan mengendalikan ibadah aqiqah ini dalam membantu jemaah yang tidak mempunyai masa, kesempatan, dan kemahiran mengendalikan ibadah ini disamping mereka dapat melunaskan  tanggungjawab kepada anak-anak yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka dan melahirkan rasa syukur terhadap nikmat yang diberi. Ucapan terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta siri pertama bagi tahun 2015 ini dan para jemaah yang hadir dalam menjayakan program tersebut. Sehubungan itu, program aqiqah berikutnya akan diadakan pada 7 Mei 2015, 13 Ogos 2015 dan 3 Disember 2015. Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat pentadbiran masjid di talian 03-8880 4300 untuk maklumat lanjut.