“Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman

kepada-Nya, Dan sebaliknya al-Quran tidaklah menmbah orang-orang yang zalim disebabkan keingkaran mereka melainkan kerugian jua” (S.Isra’: 82)

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin(MTMZA) meneruskan lagi peranan pengimarahan masjid melalui penganjuran Kelas Tahfiz MTMZA yang mendapat sambutan menggalakkan dari para ibubapa untuk menyertai kelas tersebut. Objektif kelas ini diwujudkan bertujuan menanamkan kecintaan al-Quran didalam jiwa anak-anak, seterusnya melahirkan para huffaz yang akan terus menyambung kelangsungan legasi kehidupan yang berlandaskan syariat Islam.

Kelas Hafazan ini merupakan fokus terpenting bagi masjid ini selaras dengan objektifnya yang mana sebelum ini sesi hafazan diadakan bersama-sama program Kem Cuti Sekolah MTMZA. Kelas Hafazan ini juga dilaksanakan pada hujung minggu iaitu setiap sabtu dan ahad bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Seramai 83 orang peserta telah dipilih mengikuti kelas tersebut. Proses pengambilan peserta adalah melalui temuduga/ujian hafazan yang berpusat di SMKPP 16 (1) dan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada 23 sekolah Putrajaya iaitu 11 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya dan 12 buah Sekolah kebangsaan Putrajaya serta anak-anak jemaah MTMZA. Bilangan kelas ialah 4 kelas yang dibimbing oleh 4 orang guru pembimbing. Setiap kelas seramai 20 hingga 23 orang pelajar. Cetusan idea Kelas Hafazan ini akan menyemarakkan lagi kehadiran jemaah dan pengunjung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.