Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA)telah menganjurkan Kejohanan Futsal Mahabbah 2015  pada 14 Februari 2015 (Sabtu) telah disertai oleh 12 buah surau

dibawah kariah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Pelaksanaan program ini bertujuan mendekatkan golongan muda untuk menghadiri aktiviti-aktiviti masjid seterusnya menjalin silaturrahim antara masyarakat dan warga Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

Program yang dihadiri oleh 250 orang turut dimeriahkan dengan pertandingan futsal kanak-kanak. Kejohanan futsal pada kali ini telah disempurnakan oleh YBhg. Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Keputusan pemenang kejohanan Futsal

Juara  : Surau Al-Raudhah, Presint 16

Naib Juara : Surau Al-Najihin Presint 14

Ketiga: Surau Al-Kauthar Presint 18R12

Keempat: Surau Al-Munawarah Presint 5

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah memenangi kejohanan tersebut. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan program tersebut.