Ramadan Mubarak kembali lagi! Peluang terbaik untuk mengisi hari-hari dengan amal ibadah dan keberkatan! Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) mengajak semua untuk bersama menghidupkan Ramadan dengan pelbagai program menarik:

Solat Sunat Tarawih & Iktikaf – Sepanjang Ramadan

Tadarus & Majlis Khatam Al-Quran – Menghidupkan Ramadan dengan bacaan suci Al-Quran

Iktikaf Ramadan & Solat Sunat Tahajud – 10 malam akhir Ramadan

Majlis Iftar & Moreh – Menyemai ukhuwah sesama jemaah

SALAM – Majlis berbuka puasa bersama pelancong asing

Bicara Fajar & Fikrah Takwa – Tazkirah yang menyegarkan jiwa

Istimewa Nuzul al-Quran – “Al-Quran di Hatiku”

Kasih Ramadan – Santuni sahabat OKU & sumbangan kebajikan

Erat Ramadan – Kacau bubur lambuk, Quran Hour & Santai Ramadan

Kaunter Zakat Fitrah Pandu Lalu – Sepanjang Ramadan

Takbir Raya – Meraikan kemenangan sebulan berpuasa
Jangan lepaskan peluang untuk mengimarahkan masjid dan merebut pahala berganda! Jom sama-sama ke MTMZA, semarakkan Ramadan dengan keindahan ibadah.