Tuesday, September 16, 2014
   
TEXT_SIZE

Carian

Sambutan Peristiwa Nuzul Al-Quran 1433H

6 Ogos 2012 - Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menganjurkan ceramah sempena sambutan peristiwa Nuzul Quran. Penceramah yang diundang khas iaitu YBhg. Dr Zahazan bin Mohamed telah menarik perhatian jemaah seramai 2000 orang yang hadir ke majlis ilmu tersebut. Sesi ceramah terus dilaksanakan sejurus selepas selesai solat terawih sebanyak 8 rakaat pada malam itu.

Antara intipati ceramah yang disampaikan kepada para hadirin supaya menanamkan minat dan mencintai al-quran agar menjurus ke arah generasi al-quran. Malah, masyarakat islam juga disarankan supaya sentiasa membaca al-quran selain dari melakukan ibadat sunat yang lain seperti bersedekah, solat tarawih dan sebagainya.

Pihak masjid mengucapkan setinggi - setinggi penghargaan di atas kejayaan semua pihak yang turut serta menjayakan program tersebut. Harapan pihak masjid, semoga majlis ilmu yang diadakan ini akan dapat memberi manfaat dan seterusnya membangkitkan kesedaran kepada seluruh umat islam agar sentiasa menjadikan al-quran sebagai rujukan utama dalam menjalani kehidupan sebagai muslim sejati.

Hakcipta Terpelihara 2009@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada website ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Mozilla Firefox versi 3 di atas (dengan resolusi 1024x768).

Friday 12 September 2014, 08:15
canakkale canakkale canakkale truva search