UNIT PENGURUSAN DAN KEWANGAN

Bertanggungjawab dalam menyediakan segala perkhidmatan kepada masyarakat dengan mesra, cekap dan berkesan disamping memantau serta menjaga keperluan semasa Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 Aktiviti – aktiviti unit:-

 PENGURUSAN

1.    Mengendalikan urusan surat-menyurat dan Sistem Pengurusan Fail dan Rekod.

2.    Menguruskan kenderaan jabatan dan pemandu.

3.    Menyelaras program tahunan serta laporan aktiviti Unit Pentadbiran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

4.    Mengatur mesyuarat/perjumpaan pengurusan dan penyelenggaraan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

5.    Mengawal selia kunci Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  .

6.    Mengatur tempahan jamuan bagi lawatan/mesyuarat/aktiviti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

7.    Mengurus dan menyelaras tempahan/sewaan kemudahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. 

8.    Mengurus dan memantau Syarikat Penyelenggaraan,Kebersihan,Keselamatan,Serangga dan M&E di  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin .

9.    Menguruskan cucian jubah pelawat, jubah Imam dan Bilal, kain pelekat, sejadah dan alas meja.

10.     Mengurus dan menyelenggara aset, premis, inventori dan harta modal Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

11.     Menyelia dan mengawal bekalan peralatan pejabat.

12.     Mengurus Pembelian Inventori Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

13.     Mengurus Tugas Perolehan Keperluan Pejabat.

14.     Mengurus cuti pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Perintah Am Bab C.

15.     Menyelaras penyertaan pegawai dan kakitangan untuk menjalani kursus/latihan/bengkel.

16.     Menyelaras permohonan pegawai dan kakitangan untuk menduduki peperiksaan perkhidmatan/jabatan.

17.     Memantau serta menyediakan laporan Kad Perakam Waktu pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

 

KEWANGAN

  1. Merekod dan mengawal selia perbelanjaan di dalam Buku Vot Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  
  2. Menyemak Tuntutan Elaun Lebih Masa dan Tuntutan Elaun Perjalanan pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  3. Menyediakan baucer Tuntutan Elaun Perjalanan dan Tuntutan Elaun Lebih Masa pegawai dan kakitangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  
  4. Menyelia bayaran saguhati penceramah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  5. Mengurus terimaan/hasil kerajaan.
  6. Menguruskan pembukaan dan pengiraan duit tabung Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  
  7. Menyelaras laporan kewangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. untuk dihantar ke JAKIM.
  8. Memohon peruntukan tambahan.
  9. Memohon pindah peruntukan.

10.     Mengawal dan memantau Peruntukan Mengurus.

11.     Memberi khidmat nasihat kepada unit-unit di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin berkaitan perbelanjaan yang dikeluarkan.

12.     Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.  

13.     Mengurusetiakan Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

14.     Menyelaras dan melaksanakan e-Perolehan.

15.     Melaksanakan prosedur dan peraturan kewangan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.